KEPENTINGAN VITAMIN C PADA TUBUH BADAN MANUSIA

Vitamin C ni adalah sejenis vitamin yang larut air. Disebabkan fungsinya yang larut air ini, badan manusia tidak boleh menyimpan vitamin C. Ada sesetengah haiwan boleh menghasilkan vitamin C sendiri di dalam badan. Tetapi badan manusia tidak boleh menghasilkan sendiri vitamin C. Oleh itu, kita perlu mengambil vitamin C setiap hari sama ada dari makanan seharian atau melalui supplement tambahan.
Sumber terbaik vitamin C adalah melalui buah-buahan dan sayur-sayuran. Contohnya :
  1. Buah-buahan: Jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi.
  1. Sayur-sayuran: brokoli dan tomato.

Kepentingan vitamin C
Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas.

Vitamin C juga didapati digunakan dalam dermatologi untuk merawat dan mencegah perubahan yang berkaitan dengan kulit.  Jika sebelum ini, Vitamin C hanya terkenal untuk meningkatkan antibodi, tetapi kini para saintis telah menemui fungsi baru dalam Vitamin C  yang dapat membantu kita tetap sihat dan kelihatan lebih muda.

Mari Dira kongsikan apa yang Vitamin C boleh lakukan pada kulit manusia.
1. Mencegah Kedutan
Kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition mendapati bahawa individu yang makan makanan yang kaya dengan vitamin C didapati kulitnya kurang berkedut berbanding mereka yang dietnya hanya mengandungi sedikit vitamin. Ini kerana Vitamin C membantu membentuk kolagen, mengurangkan garis halus dan kedutan.
2. Merangsang Penghasilan Kolagen
Manfaat paling menarik vitamin C ialah ia mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kolagen. Kolagen ialah struktur protein dalam kulit yang memberikan ketegangan kepada kulit. Kita mempunyai banyak kolagen di usia muda, tetapi akan kehilangannya semasa semakin berusia dan ini yang membawa kepada garis dan kedutan kepada kulit. Vitamin C ialah satu-satunya perangsang kolagen yang kaya dengan sifat antioksidan. Jadi bukan hanya menggalakkan penghasilan kolagen, tetapi juga melindunginya.
3. Mengecilkan Liang Pori
Kita boleh guna pelbagai skincare produk tetapi kebanyakan produk tidak akan dapat banyak membantu memperbaiki rupa liang pori kita. Pori boleh kelihatan besar kerana kehilangan kolagen. Dengan merangsang kolagen, vitamin C dapat membantu pori-pori kelihatan lebih kecil dan lebih baik.
4. Tona Kulit Sekata
Dengan pengambilan Vitamin C, kita dapat melindungi DNA kita daripada semua jenis tindak balas fotokimia yang akan menyebabkan perubahan warna kulit, kanser dan tumor kulit. Ini  kerana Vitamin C berfungsi untuk menghalang pengeluaran ‘Pyrimidine dimers’, yang merupakan sebab utama terjadinya melanoma pada kita.
Jika anda sedang mencari supplemen Vitamin C, Shaklee ada menyediakan Sustained Release VItamin C Plus.

Jom kita cek testimoni-testimoni di bawah`:






Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian boleh Whatsapp Dira di 014-7351175 ok. = )
DIRA SHAKLEE
YOUR TRUSTED SHAKLEE DISTRIBUTOR

Berminat untuk menjadi ahli Shaklee? Berpeluang menjana pendapatan sehingga 6 angka sebulan. Tiada modal, tidak perlu simpan stok dan berniaga secara flexible. InsyaAllah, Dira boleh bantu. :)

Comments

Popular posts from this blog

11 IKHTIAR YANG DIRA DAN SUAMI BUAT UNTUK HAMIL