11 IKHTIAR YANG DIRA DAN SUAMI BUAT UNTUK HAMIL
Bismillah ArRahman ArRahim.
Malam ni diberikan ilham nak share dengan u ols pengalaman Dira dan suami masa ikhtiar nak dapat anak pertama.
![]() |
Aafia Bt Mohd Nasrul Taufik. Anak sulung Dira. |
Ramai yang nampak mudahnya dira lekat nak dapat anak yang sekarang dah 3 orang pun. Tapi indeed kami pernah alami proses ikhtiar hamil bila dah 8 bulan kahwin still takde tanda "double line".
Even that time kakak ipar yang kahwin selepas kami pun dah pregnant. Bayangkan hati perempuan mana yang tak tersentuh bila ada yang tanya bila nak mengandung? merancang ke? sakit ke? so on.
Tak sangka kuatnya la hati ni dulu. And thanks to hubby sebab layankan je isteri dia bila setiap kali buat test dapat 1 line. sampai beli tester yang digital dan paling mahal juga still result keluar Not Pregnant.
![]() |
Aalia Bt Mohd Nasrul Taufik. Anak kedua Dira. |
![]() |
Aathia Bt Mohd Nasrul Taufik. Anak ketiga Dira. |
Jadi, Dira nak kongsikan antara ikhtiar untuk hamil yang dira dan suami lakukan. Niat dira supaya dapat menjadi ilham untuk mereka yang sedang TTC dan menjadi suntikan semangat buat mereka.
1. MENGURUT
Antara ikhtiar yang dira buat ialah mengurut. Dengan seorang nenek yang merupakan bidan dan pengurut tradisional. Nenek tu dah arwah pun. Tapi dira ingat lagi lembutnya urutan arwah nenek.
2. PERUBATAN TRADISIONAL - MINUM AIR KUNYIT
Mostly dira beli air kunyit yang ready made dalam botol. tapi honestly dira tak konsisten pun yang ni. Sebab tekak takleh terima rasa air tu. Masa minum tu memang niat nak hamil, tahankan juga. Urghh
😫
![](https://static.xx.fbcdn.net/images/emoji.php/v9/f3e/1/16/1f62b.png)
3. PERUBATAN TRADISIONAL - MINUM AIR SIREH dan AIR BASUHAN SIREH
Yang dira ingat petua ini untuk jaga kebersihan dalaman dan luaran. Nak elak keputihan bagai tu. Sebab keputihan pun boleh jadi penyebab sukar hamil.
4. BUAH ZURIAT
Ha. yang ni pun buat juga. Sampai sekarang tak tahulah betul ke tak cara kitorg pecahkan buah tu dan rebus. Airnya warna coklat gitu. Pastu kene minum suami isteri. Buah ni abah mertua beri masa dia balik dari Mekah dulu.
5. BIRTH HYPNOTHERAPY
Yang ni sebab terbaca dalam google bila cari lagi tips-tips nak ikhtiar hamil. Website orang putih yang share. Tak ingat dah link dia. Yang dira faham dan apply teknik ni minta kita bayangkan diri kita dalam stage kehamilan. Bayangkan yang sperm berenang jumpa ovum, persenyawaan, janin terbentuk, sampaila perut besau.
Dia macam trigger psikologi wanita seperti dah hamil. Hormon wanita ni kan sensitif. Jadi end up naluti keibuan tu pun akan wujud juga.
6. JUMPA USTAZ
Huhu. part ni sensitif sikit. Tak pasti berapa ramai ustaz dah jumpa. Ada macam-macam versi cerita keluar. Ada saka warisi dari nenek yang seorang bidan. Nenek yang generasi mana pun dira tak sure.
Kalau cerita part bila bangun tidur ada lebam-lebam, keluar cerita versi lain. Dira tak kata ada versi yang karut dan pelik , cuma mana yang boleh diterima akal dira terima. Kami juga ada minum air penawar. Doa-doa yang ustaz pesan untuk amalkan lepas solat.
7. JAGAKAN ANAK SAUDARA
Yang ni memang dira kerap buat. Jagakan anak kakak yang waktu tu baru nak masuk 2 tahun. Siap bawa bermalam lagi. Semua ni dapat wujudkan naluri keibuan tu. Dengan harapan mudahlah proses nak hamil tu InsyaAllah.
8. SEDEKAH
Ni memang sampai sekarang apply. Jumpa je mana-mana baby baru lahir atau anak-anak kecil, dira akan hulur duit. Berapa je yang ada dalam beg akan selit pada baby tu. Jumpa kat masjid, kat surau mall atau mana-mana je yang bersesuaian. Niatkan supaya murah rezeki untuk dapat baby.
9. KIRIM DOA PADA MEREKA YANG NAK KE MEKAH
Dira pun akan minta mereka yang nak ke tanah suci untuk doakan dira dan suami dapat peroleh zuriat. Bukan sorang dua je dira minta kirimkan doa, ramai. Terima kasih sangat-sangat pada mereka yang doakan. Allah je yang mampu balas pertolongan mereka.
10. MAKAN FOLIC ACID
Yes. Yang ni dira makan dari sebelum mengandung. Dulu beli je yang kat watson, yang warna merah tu. Tapi sekarang konsisten dengan B Complex Shaklee.
11. SOLAT-SOLAT SUNAT
Dira paksa diri untuk bangun buat solat sunat taubat , solat hajat, solat tahajud. Dira selalu fikir ada dosa lalu yang halang rezeki untuk dapat anak. Jadi dira banyakkan solat taubat. Minta banyak-banyak dengan solat hajat.
Kalau terlepas bangun dan buat solat sunat, rasa sedih. Rasa macam tak bersungguh-sungguh. Takut Allah tak makbulkan.
Dan. Antara doa dira ialah
'' Ya Allah, jangan biarkan aku dan suamiku bersendirian diatas bumiMu. Berikan aku dan suamiku zuriat penyambung keturunan kami. ''
Rasanya banyak lagi ikhtiar yang kami buat. Macam minum susu kambing dengan kurma. Kira waktu subur so on.
Ada kawan Dira yang baru kahwin terus '' bunting pelamin''. Ada juga yang menanti bertahun lamanya. Apa pun tempoh tu, diharap jangan putus asa dan teruskan berusaha. Nasib semua orang bukannya sama.
Yang Allah tengok usaha kita dan Allah akan balas setimpalnya. InsyaAllah.
Dira doakan semoga sahabat-sahabat dira yang dalam proses TTC dikurniakan Allah zuriat yang sihat dan soleh
AMIN YRA.
Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian berkenaan SET KESUBURAN SUAMI ISTERI SHAKLEE boleh Whatsapp Dira di 014-7351175 ok. :)
DIRA SHAKLEE
YOUR TRUSTED SHAKLEE DISTRIBUTOR
Berminat untuk menjadi ahli Shaklee? Berpeluang menjana pendapatan sehingga 6 angka sebulan. Tiada modal, tidak perlu simpan stok dan berniaga secara flexible. InsyaAllah, Dira boleh bantu. :)
Comments
Post a Comment