Posts

Showing posts from November, 2017

11 IKHTIAR YANG DIRA DAN SUAMI BUAT UNTUK HAMIL

Image
Bismillah ArRahman ArRahim. Malam ni diberikan ilham nak share dengan u ols pengalaman Dira dan suami masa ikhtiar nak dapat anak pertama. Aafia Bt Mohd Nasrul Taufik. Anak sulung Dira.  Ramai yang nampak mudahnya dira lekat nak dapat anak yang sekarang dah 3 orang pun. Tapi indeed kami pernah alami proses ikhtiar hamil bila dah 8 bulan kahwin still takde tanda "double line". Even that time kakak ipar yang kahwin selepas kami pun dah pregnant. Bayangkan hati perempuan mana yang tak tersentuh bila ada yang tanya bila nak mengandung? merancang ke? sakit ke? so on. Tak sangka kuatnya la hati ni dulu. And thanks to hubby sebab layankan je isteri dia bila setiap kali buat test dapat 1 line. sampai beli tester yang digital dan paling mahal juga still result keluar Not Pregnant . Aalia Bt Mohd Nasrul Taufik. Anak kedua Dira. Aathia Bt Mohd Nasrul Taufik. Anak ketiga Dira. Jadi, Dira nak kongsikan antara ikhtiar untuk hamil yang dira dan suami lakukan. Ni...

KEPENTINGAN VITAMIN C PADA TUBUH BADAN MANUSIA

Image
Vitamin C ni adalah sejenis vitamin yang larut air. Disebabkan fungsinya yang larut air ini, badan manusia tidak boleh menyimpan vitamin C. Ada sesetengah haiwan boleh menghasilkan vitamin C sendiri di dalam badan. Tetapi badan manusia tidak boleh menghasilkan sendiri vitamin C. Oleh itu, kita perlu mengambil vitamin C setiap hari sama ada dari makanan seharian atau melalui supplement tambahan. Sumber terbaik vitamin C adalah melalui buah-buahan dan sayur-sayuran. Contohnya : Buah-buahan: Jambu batu, betik, buah sitrus (seperti oren dan limau gedang), kiwi dan strawberi. Sayur-sayuran: brokoli dan tomato. Kepentingan vitamin C Vitamin C adalah penting untuk pelbagai fungsi fisiologi seperti pembentukan kolagen – sejenis protein yang memberikan struktur kepada tulang, rawan, otot dan saluran darah. Selain itu, vitamin C juga dikenali sebagai antioksida semula jadi yang membantu melindungi tubuh daripada radikal bebas. Vitamin C juga didapati digunakan dalam dermatol...